Wednesday 15 February 2012

My Special Gift "Aku Wanita Aku Kaum Hawa"

Assalamualaikum dear, 
So, macam mana ? Dah puas godek-godek blog ni ?
Hope Jaja suka ae ..  Suka tak ?
Tak suka ?
Law gitu bagi kat orang lain je la ..
Gurau je ..
Hope sudi terima hadiah blog ni dari orang "Shomel"
Anyway,
Sanah Helwah Dear Noor Afizah Binti Zamuri
Moga dipanjangkan umur  + ilmu iman amal 
Moga dimurahkan rezeki. 
Moga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Taala
Berjaya bahagia dunia akhirat. 
Salam sayang & rindu, 
Rafezza Fetheri






                                                                                                              

♥ Syukran For Reading, Like Jika Menarik ♥

Saturday 11 February 2012

Untuk Yang Bergelar Muslimah

Untuk yang bergelar Muslimah
Gambar indah ini terlukis wajah Muslimah
Yang hadapannya berhemah
Yang hiasan rindunya tak akan lemah 
Walau dihunus seribu mehnah
Pada hijab rindu
Terserlah pada Qalam
Dialah Muslimah acuan Al-Quran 

p/s : Mungkinkah kita Muslimah itu ? Muhasabah diri ;-)

                                             Salam Sayang

♥ Syukran For Reading, Like Jika Menarik ♥

Don't Judge A Book By It's Cover

Assalamualaikum semua, jom kita bersantai dengarkan kisah ini ..
Pada suatu hari terdapat 3 orang pelajar IPTA bercadang pergi bercuti ke sebuah pulau. Di hari yang dijanjikan mereka menyewa sebuah bot. Bersama dengan seorang pemandu bot yang sudah tua. Perjalanan ke pulau tersebut mengambil masa yang agak lama lalu ketiga-tiga pelajar tadi merasa boring. Untuk menghiburkan hati, mereka mempermainkan pak cik pemandu bot yang sudah tua itu.
Berkatalah pelajar pertama kepada pemandu bot, 
"Pak cik, pak cik tahu geografi tak ?"
Pak cik pemandu bot tadi menggeleng kepalanya. Lalu mereka bertiga ketawa geli hati. Pelajar kedua pula bertanya, 
"Pak cik tahu matematik tak ? 
Terus pak cik tua tersebut menggeleng kepalanya tanda tidak tahu. Ketiga-tiga pelajar tadi ketawa lagi dengan penuh bangga. Pelajar ketiga pula bertanya, 
"Pak cik tahu tak apa itu fizik kuantum mekanik ? 
Pak cik itu tunduk sahaja tanda tidak tahu dan malu. Lalu mereka bertiga ketawa besar dengan senang hatinya. 
"Ahahaha...ahak...ahak...ahak..hahahahahahahahahaha... Fizik pun tak tahu ..."
Perjalanan diteruskan sambil ketiga-tiga pelajar tersebut berbual sesama mereka. Tiba-tiba langit berubah menjadi gelap, laut yang tenang menjadi bergelora. Hempasan ombak mula masuk ke dalam bot. Ketiga-tiga pelajar tadi menjadi pucat dan takut. Mereka tidak mahu mati di usia muda. Tiba-tiba pak cik yang berwajah tenang itu bersuara, 
"Anak-anak semua tahu berenang tak ?"
Ketiga-tiga mereka menggeleng-geleng kepala. Lalu pak cik tua itu ketawa besar. 
"Ahahaha...ahak...ahak...ahak ..hahahahahahahahahaha ..."
Lalu pak cik tua itu segera terjun ke laut. Akhirnya, karamlah ketiga-tiga pelajar tadi bersama-sama dengan bot yang mereka naiki. 
The moral of the story, 
* Usahlah kita berbangga dengan ilmu yang kita ada
* Jangan memandang rendah terhadap kekurangan orang lain
* Ilmu yang kita ada belum tentu dapat menyelamatkan kita daripada situasi yang tidak kita duga.
*  Setinggi mana pun pendidikan kita, hendaklah kita menghormati orang yang lebih tua dari kita. 
                              Salam sayang, 

♥ Syukran For Reading, Like Jika Menarik ♥

Daisypath Happy Birthday tickers